Program Outreach Sekolah

Jun 1, 2017 

Program ini diadakan dengan objektif bagi mempromosikan skill komunikasi, menyelesaikan permasalahan serta rintangan dalam aktiviti dan semangat kerja berkumpulan. Selain itu, program ini turut mendidik peserta-pesertanya dengan sifat kepimpinan, daya saing pemikiran dan kepercayaan diantara ahli-ahli kumpulan. Peserta akan diuji dengan melalui berbagai rintangan dan aktiviti samada yang membabitkan fizikal, kekuatan mental dan kebijaksanaan dalam membuat keputusan. 

Program ini memberi peluang kepada pelajar dari sekolah luar bandar untuk mengikuti segala aktiviti yang disediakan selama dua hari dengan pengalaman bermalam di Muzium Telekom. Peserta juga akan dibawa melawat ke tempat-tempat bersejarah dan menarik bagi memupuk semangat cintakan negara, jati diri serta membina modal insan.

Tempat yang akan dilawati – Bangunan Sultan Abdul Samad dan Dataran Merdeka, Muzium Negara dan Tugu Negara, Muzium Polis DiRaja dan Muzium TUDM, Muzium DiRaja dan Muzium Telekom, Menara Kuala Lumpur.

Scroll to Top