Program Dapur Asnaf Siri 9

2 April 2023 – Program Dapur Asnaf Ramadan melalui Koordinator Program, Tn Hj Azman Ab Rahman telah menyerahkan 120 bungkus juadah berbuka puasa kepada komuniti Asnaf di PPR Desa Rejang, Kuala Lumpur bersama-sama dengan Persatuan Penduduk PPR Desa Rejang.

Tujuan utama penganjuran program ini ialah untuk mencetus budaya keprihatinan dikalangan penduduk terhadap komuniti Asnaf yang masih terbelenggu dengan kesusahan pasca PKP akibat hilang mata pencarian, hilang upaya, kematian pasangan tempat bergantung, jatul pelbagai sakit dan uzur, tekanan kehidupan dan terdesak akibat pelbagai perkara.

Terima kasih diucapkan kepada para penyumbang yang sama-sama berkongsi rezeki dalam menjayakan program ini menerusi sumbangan awam mahupun badan korporat yang prihatin dengan nasib komuniti Asnaf

Scroll to Top