NGO Menyantuni Petugas PKPD di Pasar Borong Wilayah dan Selangor

Malaysian Community Care Foundation (MCCF) dan Yayasan Bekas Anggota Perisikan Tentera (YBAPT) hari ini menjalinkan kerjasama NGO dalam usaha menyantuni para petugas barisan hadapan di Pasar Borong Kuala Lumpur dan Pasar Borong Selangor dengan sumbangan 350 bungkus Bubur Lambuk dan Kurma untuk juadah berbuka puasa buat semua petugas polis dan tentera.

Pengerusi MCCF Halim Ishak melahirkan rasa terharu beliau dengan semangat dan komitmen yang di tunjukkan oleh ASP. Zuraimi selaku Ketua Unit Gerakan PKPD Wilayah dan Mejar Hilmi Hashim serta anggota dari Kor Polis Tentera Darat yang di tugaskan Markas Taktikal di Pasar Borong Selangor sebentar tadi.

\”Saya amat berterima kasih dan bangga melihatkan kerjasama erat ATM dan PDRM dalam menjaga kawalan keselamatan di kedua-dua Pasar Borong\”.. tambah Zulkifli Rasol selaku Timbalan Pengerusi YBAPT.

Melihatkan suasana di kedua-dua pasar borong yang di kawal rapi serta semangat yang tinggi Halim dan Zulkifli meluangkan masa beramah mesra dengan para petugas PDRM dan ATM yang jelas terserlah kerinduan di wajah masing-masing merindui anak isteri dan keluarga yang di tinggalkan hampir 45 hari sejak PKP di isytiharkan oleh kerajaan pada 18 Mac lepas.

Scroll to Top