Pejabat Perhubungan Negeri (PPN) MCCF Pulau Pinang menerusi Pengerusi, Saudara Jeevithan P. Ganasan menyantuni penduduk Seberang Jaya di Majlis Berbuka Puasa Dan Penyampaian Beg Makanan yang diadakan di Surau Taman Sutera Prima, Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Pada program tersebut, tetamu bukan Islam dibawa melawat ke dalam surau, selain diberikan penerangan mengenai cara berwuduk, memakai tudung dan telekung serta solat.
Mereka kemudian turut menyertai Majlis Berbuka Puasa dengan penduduk beragama Islam di kawasan sekitar.