Malaysian Community Care Foundation (MCCF) diwaikil YBhg. Dato’ Seri Haji Halim Haji Ishak, Pengerusi MCCF membuat kunjungan hormat kepada Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi di Bilik Mesyuarat Utama (BMU), Aras 1, Menara Integriti.
Tujuan utama kunjungan ini diadakan adalah untuk membincangkan cadangan bentuk kerjasama yang boleh dijalinkan antara MCCF dan IIM khususnya dalam usaha membantu negara memperkasakan \”Pembudayaan Nilai Teras Organisasi\” melalui sistem yang dibangunkan oleh MCCF bersama rakan strategik iaitu MyTAG.
Turut hadir dari MCCF ialah Dato’ Rosmadi Ghazali, Timbalan Pengerusi MCCF, Professor Datuk Dr. Mohd Tajuddin Md. Ninggal – Felo Penasihat MCCF dan Encik Leong Cheow Fook – Ketua Unit Teknologi MCCF. Manakala dari IIM turut hadir adalah Tuan Haji Hamilye Sham Harun, Pengurus Besar Kanan (Operasi) dan Puan Farah Idayu Jaafar, Ketua Seksyen Sistem Pengurusan Integriti IIM.