Mac 25, 2018 – Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Shah Alam.
Sempena sambutan Hari Polis ke-211 yang disambut pada 25 Mac 2018, MCCF telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis Selangor, YBhg. Datuk Mazlan Mansor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Shah Alam. Ianya bertujuan untuk menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas pengorbanan serta sumbangan PDRM dalam memelihara keamanan, kesejahteraan dan keselamatan negara. MCCF diwakili oleh Ketua Penyelaras Agensi Selangor dan Kuala Lumpur, Dato’ Mohd Faizal Mohd Mokhtar, serta warga kerjanya En. Kamarulzaman dan Jamaludin Ismail telah menyerahkan kek kepada YBhg. Datuk Mazlan dalam kunjungan tersebut. [metaslider id=\”1508\”]