Khidmat Life Coaching oleh MCCF

Mencari Jalan Peningkatan Hidup

Sesiapapun inginkan kehidupan yang lebih baik. Antaranya ialah miliki rezeki yang luas, harta yang banyak, perniagaan yang maju, kerjaya yang memuaskan hati, ilmu dan kemahiran lebih tinggi,  hubungan keluarga yang erat, miliki hubungan sosial yang diidamkan, sihat badan dan mental. Ada yang inginkan kelapangan masa untuk hobi kesukaan, mengembara dan bersiar-siar bersama keluarga. Semuanya hasrat yang baik.

Gangguan dan Cabaran adalah pasti

Dalam pada berusaha, ramai di antara kita yang akan menempuh cabaran dan gangguan. Ada cabaran yang begitu berat, lalu menyebabkan kita jatuh tersungkor. Manakala ada orang yang langsung tidak dapat nampak sebarang peluang peningkatan. Mereka terbelenggu dan lemas dengan keadaan sama yang tidak disukainya. Ada yang tidak putus-putus dengan kegagalan sehingga hilang keyakinan dan berterusan di dalam kecewa.

Apa yang boleh kita lakukan?

Untuk mengatasi pelbagai cabaran yang kita temui di dalam setiap liku-liku hidup, ada satu perkara yang akan sangat membantu, yakni Keadaan Diri Kita Sendiri.

Secara ringkasnya, Keadaan Diri Kita terbahagi kepada beberapa ciri:

  • Corak Pemikiran
  • Nilai Diri
  • Emosi
  • Tabiat

Jika kita dapat perbaiki 4 ciri ini, nescaya kita akan dapat memperbaiki kehidupan kita, insya\’ Allah. 4 ciri ini akan menjadi kekuatan dan tenaga yang membawa perubahan yang kita ingini.

Untuk mempercepatkan proses perubahan diri, dapatkan Khidmat Coaching MCCF. Ada 2 jenis sesi di MCCF :

  • Sesi Personal Coaching
  • Sesi Group Coaching

Sila lihat Jadual Kalendar Sesi Coaching kami di sini : www.mccf.asia/kalendar-sesi-coaching/

Semoga anda ambil manfaat dari Khidmat MCCF ini.

Scroll to Top