Petaling Jaya, 13 April 2021 – Pegawai kanan dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat dengan salah laku jenayah perlu dikenakan tindakan tegas dan tidak layak lagi menjadi anggota penguat kuasa.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF), Datuk Halim Ishak berkata, memindah atau menukar tempat kerja pegawai atau anggota terlibat tidak memadai kerana jika mereka terlibat dengan rasuah dan penyelewengan.
Menurut beliau, tindakan memecat pegawai yang terlibat salah laku adalah langkah terbaik bagi memastikan penyelewengan tidak terus berlaku.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.
Sumber: Utusan Online