April 5-7, 2019 – PANTAI SAUJANA, BATU 4, PORT DICKSON.
Kejohanan bola sepak pantai ‘Ombak Bola Fiesta’ 2019 telah berlangsung di Pantai Saujana, Port Dickson. Kejohanan ini merupakan anjuran bersama Pejabat Parlimen Port Dickson, Malaysian Community Care Foundation serta kerjasama dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Port Dickson, Majlis Perbandaran Port Dickson dan Agensi-agensi Kerajaan Daerah Port Dickson. Antara tujuan penganjuran Ombak Bola Fiesta 2019 ini selain mempromosikan Langkawi International Beach Soccer, ia bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat dalam kalangan anak tempatan yang boleh diketengahkan sebagai pemain negara di dalam acara ini. Ia juga bertujuan untuk mempopularkan kembali sukan bola sepak pantai di negara ini.
Kejohanan ini telah melibatkan 200 orang peserta dari Zon Selatan dan berlangsung selama dua hari iaitu 6 dan 7 April 2019. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB. Tn. Ravi, ADUN Sri Tanjung merangkap Timbalan Speaker DUN Negeri Sembilan. Pelbagai acara sampingan yang menarik telah diadakan antaranya Zumba, pertandingan karaoke, pertandingan mewarna, persembahan artis.
Upacara penyampai hadiah telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Halim Pengerusi MCCF, En. Hasnal Rezuan Merican Setiausaha Agung MCCF dan En. Noorulhuda Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson.
[metaslider id=\”1102\”]