Isu Pelarian di Malaysia

PETALING JAYA: Kerajaan perlu mewujudkan sistem data sendiri berbanding bergantung kepada Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) bagi menangani isu berkaitan pelarian dan warga asing.

Pengerusi Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF), Datuk Seri Halim Ishak berkata, Malaysia tidak boleh terus bergantung kepada pihak luar sedangkan isu tersebut membabitkan urusan keselamatan dalam negara, selain ia menunjukkan kelemahan kerajaan sendiri.

Menurut beliau, ia perlu dilaksanakan secepat mungkin supaya kerajaan boleh menentukan tindakan yang bersesuaian dalam menangani isu tersebut.

Berita selanjutnya layari https://www.utusan.com.my/berita/2023/05/isu-pelarian-malaysia-perlu-wujud-sistem-data-sendiri/

Scroll to Top