Food 4 All – Frontliners Kulim

MCCF melalui Pejabat Perhubungan Negeri dengan kerjasama syarikat WISEE One Solution Sdn Bhd yang diwakili oleh Encik Jeevithan P. Ganasan mengagihkan 350 bungkusan makanan dan minuman kepada keluarga yg memerlukan termasuk Frontliners.

Antaranya mereka yg bertugas di Balai Bomba & Penyelamat Kulim, Balai Polis Kulim dan Hospital Kulim serta pekerja pembersihan Majlis Perbandaran.

Syabas dan terima kasih kepada para Sukarelawan dan para Penyumbang sama ada individu mahupun syarikat yang terus menyumbang barangan serta menyokong usaha murni ini.

[metaslider id=\”4324\”]

Scroll to Top