Pengerusi Malaysian Communtiy Care Foundation (MCCF), Halim Ishak menegaskan mana-mana pihak yang benar-benar mahu membantu etnik Rohingya perlu menyalurkan sumbangan mereka kepada pembangunan di tempat asal mereka.
“Kita berharap, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang masih beretorik atas nama hak asasi dan kemanusiaan agar lebih realistik dalam memperjuangkan warga Rohingya demi masa depan masyarakat malang ini,
“Jika benar mahu membantu mereka maka bantuan itu seharusnya lebih baik ke arah membangunkan masyarakat dan komuniti rohingya di tempat asal mereka.
“Bantu mereka membina semula komuniti mereka di asal mereka dan bukannya membantu mereka untuk menjadi pelarian merempat seumur hayat mereka,” tegas Halim dalam satu kenyataan.
Berita selanjutnya di https://www.airtimes.my/kalau-betul-sangat-nak-tolong-rohingya-bangunkan-tempat-asal-mereka-mccf