Kuala Lumpur: Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF) kecewa dengan langkah pihak kerajaan dan pihak berkuasa tempatan dalam menangani isu lambakan warga asing di negara ini yang dilihat tidak bersungguh dan dilakukan secara ‘bermusim’.
Pengerusinya Datuk Seri Halim Ishak berkata, pihak terbabit bertindak apabila isu berkenaan timbul seolah-olah hanya mahu meredakan isu.
“Saban tahun ada saja isu warga asing tidak kiralah sama ada Rohingya, penjaja di Pasar Borong Kuala Lumpur, pekerja asing mahupun pendatang asing tanpa izin (Pati) yang dilaporkan namun tidak berkesudahan sehingga kini.
“Keadaan ini memberi imej buruk buat Malaysia sehingga pernah dilabel negara yang memperdagangkan warga asing. Ia memberi gambaran seolah-olah kita (negara) menghalalkan sistem hamba abdi,” katanya ketika dihubungi.
Berita selanjutnya layari https://www.hmetro.com.my/amp/utama/2023/05/965895/banteras-bermusim