Author name: izzat

Hari Malaysia 2020

Selamat Hari Malaysia 2020. Marilah kita memperingati peristiwa bersejarah penyatuan antara Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak pada tarikh 16 September 1963. Bersama kita menghormati antara satu sama lain & hargai keunikan diversiti kaum & etnik di Malaysia. Kita semua bangga menjadi rakyat Malaysia! ????????????????

Salam Kemerdekaan Ke-63

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-63 buat seluruh rakyat Malaysia Kemerdekaan yang kita nikmati hari ini bukanlah mudah unutk dikecapi. Mari kita bersama-sama menghargai dengan menyelami erti sebenar pengorbanan wira-wira dan pemimpin negara kita. Sambutan tahun ini juga berbeza dari sebelum ini kerana kita masih belum merdeka daripada COVID-19. Buat rakyat Malaysia, terus patuh SOP yang …

Salam Kemerdekaan Ke-63 Read More »

Ucapan Tahniah Kepada Ketua Pengarah BHEUU

Tidak dilupakan juga setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Datuk Roziah binti Abudin, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri atas Penganugerahan Darjah Kebesaran Pingat Panglima Setia Diraja (P.S.D.) yang membawa gelaran \’Datuk\’. Kami mendoakan kesejahteraan YBhg. Datuk dalam menerajui BHEUU ke arah yang lebih cemerlang lagi.

Ucapan Tahniah Kepada Ketua Pengarah Kesihatan

Setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia atas Penganugerahan Darjah Kebesaran Pingat Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang membawa gelaran \’Tan Sri\’. Kami di MCCF berbangga & sentiasa mendoakan kesejahteraan YBhg. Tan Sri.

Selamat Hari Belia Sedunia 2020

Selamat Menyambut Hari Belia Negara 2020 kepada semua warga belia di negara ini. Semoga saudara saudari terus menyerlah sebagai anak muda yang berdaya saing dan menjadi aset kepada negara.

Doa Untuk Lebanon

Dunia telah digemparkan dengan satu berita tentang letupan sebuah gudang di Beirut, Lubnan yang telah melibatkan lebih kurang 4000 orang mangsa. Marilah kita bersama mendoakan kesejahteraan saudara kita yang terlibat dalam kejadian letupan tesebut. Bersama kita mengharapkan agar keadaan di Beirut, Lubnan kembali pulih seperti sediakala.

Selamat Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-60 KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong

Selamat Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-60 KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku dipanjangkan usia dan dikurniakan kesihatan yang berpanjangan. Sembah Takzim daripada Pengerusi, Ahli Lembaga Pemegang Amanah & Felo MCCF

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam. Semoga ibadah kita semua diterima Allah SWT. Kekalkan jarak fizikal antara individu dan elak dari berkumpul secara besar-besaran ketika menyambut hari raya ini.

Scroll to Top