Disember 1, 2017 – Dataran Astaka Titiwangsa.
Program ‘World Day of Anger – Solidarity for Rohingya’ ini merupakan idea cetusan Pengerusi Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM). MAPIM telah menjemput beberapa NGO seperti Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (PERMAS), Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) dan MCCF bagi bekerjasama dalam program ini. Beberapa aktiviti telah dianjurkan sebelum program kemuncak ‘Himpunan Sejuta Ummah’ diadakan. MCCF telah dilantik sebagai sekretariat bagi membantu urusan berkaitan program ini. MCCF juga melalui Sifu Bikers telah diminta untuk mempromosikan ‘Kembara Watikah’ yang menjalankan program ‘Satu Ringgit Satu Malaysia’. Dana yang terkumpul melalui program ini, akan digunakan dalam ‘Misi Bantuan Kemanusiaan’ ke Cox Bazar, Bangladesh pada awal tahun 2018
[metaslider id=\”1388\”]