SHAH ALAM – Sistem profiling merupakan satu proses dokumentasi penting bagi menyediakan senarai bukti sekali gus menjadikan data pintar yang diperoleh digunakan semula untuk proses pembangunan diri, kumpulan, organisasi dan masyarakat.
Begitu juga dengan pelaksanaan ujian psikometrik Rasuah Busters Tag (RBTag), kumpulan data saintifik serta berasaskan bukti digunakan oleh pihak pakar bagi tujuan penilaian diri dan seterusnya mengetahui tahap kecenderungan individu terhadap amalan rasuah serta penyalahgunaan kuasa.
Ketua Projek Alat Ukur Psikometrik RBTag, Prof Datuk Dr Mohd Tajudin Md Ninggal berkata, menerusi kepakaran yang dimiliki serta ahli kumpulan, pihaknya berjaya membangunkan kelengkapan dan perisian yang digunakan bagi tujuan proses pengujian psikometrik RBTag.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/188514/KHAS/Sinar-Rasuah-Buster/RBTag-hasil-kajian-pakar-daripada-data-budaya-negara