Projek Sebalang Kasih TV3

Jun 10, 2017 – Ruang Legar, Sri Hartamas Shopping Centre

Projek Sebalang Kasih merupakan program tanggungjawab sosial masyarakat di bawah inisiatif warga kerja dan produser rancangan ‘Wanita Hari Ini’ – TV3. Ianya bagi memberikan keceriaan kepada golongan fakir miskin dan mengingatkan masyarakat tentang amalan bersedekah serta beramal. 

Projek Sebalang Kasih ini menyasarkan kira-kira 2,000 balang kuih raya yang dikumpul serta disumbangkan oleh masyarakat, syarikat korporat, swasta dan NGO. Segala sumbangan kuih raya yang dikumpul akan diedarkan kepada golongan fakir miskin, asnaf dan ibu tunggal sempena kehadiran bulan Syawal. MCCF telah menyerahkan sumbangan sebanyak 50 balang kuih raya bagi menyokong usaha kebajikan ini.

Berita menarik di Facebook