Februari 09, 2020 – SJKT Ladang Changkat, Nibong Tebal, Seberang Perai, Pulau Pinang.
Sempena musim persekolahan yang baru bermula, Pejabat Perhubungan Negeri MCCF Pulau Pinang telah mengambil kesempatan dan inisiatif untuk menganjurkan program Melawat SJKT Ladang Changkat, Nibong Tebal bersama PPLD Gabungan dan Youth for Human Rights (Malaysia) di SJKT Ladang Changkat, Nibong Tebal. PPN MCCF Pulau Pinang telah diwakili oleh Pengerusi, Encik Jeevithan P. Ganasan dan Penasihat Undang-Undang, Encik Anbananthan Yathiraju.
Program tersebut bertujuan untuk mendidik para guru dan pelajar mengenai hak asasi manusia, khususnya Perisytirahan Hak Asasi Manusia Sejagat. Para pelajar juga turut mendapat bag sekolah dan buku bertajuk \’What Are Human Rights\’ yang disumbangkan oleh Youth for Human Rights (Malaysia).
Sementara itu, Pengerusi MCCF, Encik Halim Ishak berterima kasih kepada PPN MCCF P. Pinang, PPLD Gabungan dan Youth for Human Rights (Malaysia) yang menyumbang tenaga bagi menjayakan program ini. Beliau juga berharap program sebegini akan terus dipergiatkan lagi kerana hak asasi manusia dianggap sebagai sesuatu yang penting bagi hak setiap kanak-kanak kepada pendidikan yang berkualiti, sesuatu yang tidak hanya mengajar kemahiran membaca, menulis dan mengira tetapi juga memantapkan keupayaan kanak-kanak untuk menikmati hak asasi manusia sepenuhnya disamping menggalakkan budaya yang menerapkan nilai hak asasi manusia.
[metaslider id=\”3641\”]