Program Lawatan Dan Sumbangan Ke Nong Khai (Thailand) Dan Vientiane (Laos)

November 9-11, 2017 – Nong Khai, Thailand & Danxiang, Vientiane, Laos

Program ini bertujuan bagi memberikan pendedahan kepada Sukarelawan untuk menyertai ‘Misi Bantuan Kemanusiaan’ di masa hadapan. Ia juga untuk memperkenalkan kepada mereka tentang saluran bantuan, kebajikan & sumbangan pendidikan yang berterusan kepada pelajar di Pusat Kebajikan Mualaf di sana. Bantuan serta sokongan yang diberikan adalah dalam bentuk pendidikan kelas agama, sumbangan barangan makanan asas dan bahan bacaan. 

Disamping itu juga program ini akan mendekatkan mereka dengan budaya masyarakat setempat serta menguatkan lagi kepekaan terhadap nilai-nilai kemanusiaan. Menerusi program ini, MCCF berkerjasama dengan Pertubuhan Sukarelawan MISI 7. MCCF telah menaja sebanyak 50 buah buku iqra untuk disumbangkan kepada 2 buah Pusat Mualaf. Pada 9 November, Sukarelawan telah  dibawa menziarahi Pusat Mualaf yang terletak di Danxang. Disana mereka diberikan  taklimat berkenaan lawatan pengenalan aktiviti dan penyerahan sumbangan. 

Mereka kemudiannya telah singgah di kedai zon bebas cukai Vientiane sebelum memasuki Nong Khai pada sebelah petang. Pada keesokkan harinya di Yayasan As Salam, Kelas Bahasa Inggeris untuk pelajar disana telah dikendalikan oleh para Sukarelawan. Penyerahan sumbangan Wang Tunai dan Buku Iqra telah disampaikan selepas itu.

[metaslider id=\”1364\”]

Scroll to Top