Oktober 13, 2017 – Sekolah Kebangsaan Sentul Utama.
Pejabat MCCF telah dikunjungi oleh Timbalan Pengerusi dan AJK-AJK Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak Istimewa Sentul Utama (PKKI) pada 13 Oktober 2017. Mereka meminta MCCF untuk menjadi pemerhati dalam kes aduan dan laporan mengenai penderaan ke atas Kanak-Kanak Istimewa yang dilakukan oleh penjaga dan guru di sekolah berkenaan. MCCF turut diminta hadir bersama ke mesyuarat khas bersama Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan. Kes ini berjaya diselesaikan dengan Penjaga Murid, Guru dan Guru Besar di sekolah berkenaan telah ditukarkan setelah pihak MCCF dan PKKI mengadakan Sidang Akhbar pada 15 November 2017. [metaslider id=\”1352\”]