Program ‘Back To School’ – Pelajar Rohingya

Disember 24, 2017 – KNOWLEDGE GARDEN LEARNING CENTER, SRI SERDANG, SELANGOR.

Program ‘Back To School’ merupakan anjuran bersama di antara MCCF dan Pertubuhan Sukarelawan MISI 7. Program pada hari tersebut telah dimulakan dengan aktiviti bergotong-royong membersihkan kawasan persekitaran sekolah dan kelas. Seramai 30 orang Sukarelawan terlibat dengan program kali ini dengan pemberian tugasan telah diagihkan mengikut 6 kumpulan. 2 kumpulan telah diberikan tugasan bagi menyiapkan peralatan perhiasan kelas. 

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah bagi menceriakan suasana, menjaga kebersihan serta memberi keselesaan kepada murid-murid sebelum penggal persekolahan dimulakan. MCCF telah menyampaikan sumbangan beg sekolah serta peralatan tulis kepada 40 orang murid berbangsa Rohingya. Program telah diakhiri dengan jamuan makan tengahari untuk semua Murid, Guru, Sukarelawan dan Kakitangan MCCF. MCCF akan meneruskan program sebegini di masa akan datang bagi memberikan pengalaman dan peluang buat Sukarelawan untuk menabur khidmat kepada komuniti masyarakat.

Lagi gambar dan video menarik di facebook

Scroll to Top