SHAH ALAM – Yayasan Keperihatinan Komuniti Malaysia (MCCF) menyokong usaha kerajaan menyelesaikan isu warga asing di Sabah dengan inisiatif pemberian kad identiti kepada golongan tersebut.
Pengerusinya, Datuk Seri Halim Ishak berkata, MCCF bersetuju dengan perancangan kerajaan untuk mengeluarkan satu kad identiti khas buat warga asing yang berada di Negeri Bawah Bayu tersebut.
Katanya, pemberian kad khas tersebut dilihat sangat penting bagi pihak berkuasa negara dalam menangani pelbagai isu melibatkan golongan tersebut termasuk aspek keselamatan yang turut melibatkan hak penduduk tempatan.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/188386/EDISI/MCCF-sokong-usaha-kerajaan-beri-kad-warga-asing-di-Sabah