Makin Ramai Ahli Politik Sedia Sahut Ujian RBTag

SEMAKIN ramai ahli politik negara yang menyatakan kesediaan untuk menjalani ujian psikometrik Rasuah Busters Tag (RBTag) yang berfungsi sebagai alat pengukur kebolehpercayaan seseorang individu terhadap tahap integriti masing-masing.

Sinar Harian pada Khamis melaporkan setakat ini seramai 21 ahli politik daripada beberapa buah parti menunjukkan komitmen dengan menjalani ujian RBTag secara berperingkat.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Ketua Sekretariat Rasuah Busters, Nurhayati Nordin yang menyatakan bahawa ujian tersebut sudah berlangsung selama dua sesi.

Beliau berkata, usaha yang dibuat sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada November tahun lalu membuahkan hasil di mana ketika itu, mereka sudah pun mendapat penyertaan dan sambutannya meningkat setiap hari.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/188392/ANALISIS-SEMASA/Makin-ramai-ahli-politik-sedia-sahut-ujian-RBTag

Scroll to Top