Jom Cuci Masjid – Masjid Darus Sa\’adiah, Kg Luar, Mukim Siong

Disember 24, 2016 – Masjid Darus Sa’adah, Kampung Luar, Mukim Siong, Baling, Kedah

Program ini bermula dengan acara perlepasan Konvoi Motorsikal Berkuasa Tinggi di Hotel Bayu, Baling, Kedah. Para sukarelawan dan staff MCCF telah menyertai program edisi ke-18 anjuran Media Prima Berhad dan TV3. Program ini mendapat kerjasama Sifu Bikerz, GCK Bikers Club, Blackhawk Bikerz, NVOG Bikers, Terengganu Teacher’s Bikers, Bikers Utara danTV3 Bikers. 

Program yang mendapat liputan dari TV3 ini bertujuan untuk menggalakkan masyarakat terutamanya Bikers serta belia untuk turut bersama-sama dalam aktiviti mengecat, mencuci masjid dan membersihkan tanah perkuburan. MCCF juga telah memberi tajaan baju, pelekat kereta serta motor, selain menyerahkan sumbangan kepada masjid, bantuan persekolahan pada anak-anak asnaf dan hamper kepada keluarga miskin. 

Selesai program, semua yang terlibat di dalam program ini telah dijemput menghadiri majlis kenduri yang diadakan oleh penduduk tempatan.

[metaslider id=\”653\”]
Scroll to Top