Forum Remaja Berisiko

November 30, 2017 – Auditorium Perpustakaan Negara

Forum Remaja Berisiko ini adalah inisiatif dan anjuran Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia,Gabungan Institut Latihan Kemahiran Swasta, Parlimen Belia Malaysia, Federasi Kebangsaan Pekerja Belia Malaysia dan MCCF. Forum ini diadakan bagi membincangkan serta mengupas isu berkaitan remaja yang berisiko mengundang bahaya terhadap masyarakat sekeliling. 

Antara Ahli Panel yang terlibat di dalam forum ini adalah Nordin Abdul Malek, Aktivis Belia Berkemahiran, Ustaz Mohamad Hanafiah Abdul Malek, Felo Biro Dakwah dan Sosial MCCF, Abdul Aziz Mohd, Felo Makmal Penyelidikan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Tetamu Kehormat, YB Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. MCCF sememangnya telah lama mencadangkan agar sebuah Sekolah Khas atau Rehab Centre ditubuhkan bagi menangani isu berkaitan remaja berisiko ini.

Lagi video menarik di Facebook

Scroll to Top